MENU

lifestyle & documentary photographer

Personality

16/03/2012

D700 1/100 50mm 1.4 ISO 5000 (Untuk semua gambar)

Saya sudah ketinggalan dalam jangkamasa seminggu dalam menghasilkan gambar-gambar untuk projek 52 di dalam tahun 2012. Dalam tidak sedar, saya seperti lupa akan janji yang telah saya buat pada diri saya untuk lebih menghasilkan gambar-gambar anak-anak dan persekitaran mereka. Bukan apa, kadang-kadang bila nak ambil gambar, ada sahaja yang tidak kena. menyiapkan gambar-gambar klien, masa, mood, cuaca dan juga faktor-faktor lain yang tidak dapat saya nyatakan disini. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. ….tapi ini bukannya dalih cuma lambat seminggu, biar lambat, asalkan ada. Betul tak?

Tajuk untuk minggu ke-10 untuk “Projek 52 dalam tahun 2012” ialah Personality. Gambar no. dua yang dipilih bagi tema itu.

Sepanjang 10 minggu dalam menghasilkan gambar-gambar bagi setiap minggu memang ada cabarannya tapi semua itu saya tolak ke tepi. Memang daripada awal, gambar yang diambil bukanlah nak yang terhebat ataupun terbaik, tapi yang pentingnya saya mengambil gambar bukan untuk klien tapi mengikut kepuasan hati sendiri. Setiap minggu projek ini akan membuat saya berfikir. Itu yang penting. Berfikir dan bergerak mencari idea ataupun bahan. Tak perlu pergi jauh pun, dalam rumah sendiri banyak yang boleh dirakam. Cuma yang penting ialah semangat dan kreativiti dalam diri sendiri.

oh..waktu itu suasana suram, iyelah sudah pukul 6.30 petang, jadi cahaya agak kurang. Namun tidak menjadi masalah, saya naikkan ISO (kalau boleh, saya mahu bermain dengan setting dan tidak mahu menggunakan flash). Tengoklah, masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan dipraktikkan.

Min.

comments
add your comment

CLOSE