Biarlah kami cuba menjawap dan menghurai persoalan ini.
Kami faham yang banyak lagi photographer di luar sana yang namanya gah-gah dan ada juga yang mungkin anda kenali sejak dari zaman sekolah (sampai sanggup menabung duit demi nak menjadkan mereka photographer anda)….hehehe tapi kami harap kami dapat menyakinkan anda kenapa anda harus memilih kami dengan sebab-sebab yang kami huraikan di bawah ini :-
10 sebab….
Jujur ~ kami jujur dalam meletakkan harga yang ditawarkan, tidak kurang dan tidak lebih, kami merangka harga kami dengan memikirkan anda jua, tanpa anda siapalah kami. Kami tak main “belasah” sahaja. Kualiti gambar kami adalah jawapannya.
Boleh Dimiliki ~ pakej-pakej fotografi yang kami tawarkan adalah “affordable” yang bermaksud siapa-siapa sahaja boleh memilikinya. Tak kiralah status latarbelakang anda. Semua itu tidak penting bagi kami. Apa yang penting ialah, anda puas hati dengan MinMohd Photography.
Sangat Flexible ~ PERCUMA Perfect Photo Prints dengan setiap pakej yang kami tawarkan. Ya, kami ulang semula, PERCUMA TIGA (3) 10” x 8” untuk Potrait Pakej – Family/Kenduri dll dan PERCUMA TIGA (3) 10” x 12” bagi pakej WEDDING pula dicampur dengan HANDMADE ARTISAN DVD FOLIO dan CUSTOM ALBUM (anda boleh pilih warna). Semua untuk ANDA! Kalau tak berbaloi lagi, kami akan migrate kot (sebab merajuk). Tawaran tamat. Tetapi kami sangat flexible. Tak percaya, email kami segera.
Peramah & Pendengar yang bagus ~ dengan MinMohd Photography, anda tak perlu risau macamana nak posing, macamana nak senyum, nak pakai baju apa, nak makeup macam mana, biar kami jadi consultant anda. Azlan dulu berkerja sebagai Badut Sambilan (sungguh, tak tipu, kalau jumpe kami nanti, kami boleh ceritakan) pasti mengkome semua tak kering gusi dibuatnya. Kami akan memastikan anda HEBAT pada hari itu! Sessi kami semuannya SEMPOiiiiiii brother and sister…….
Terpilih ~ bukan jumlah yang kami cari seperti nama-nama besar lain. Kami menghargai setiap pelanggan dan kami mempastikan setiap sesi fotografi yang dirancangkan akan bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Kami juga akan memastikan setiap personaliti unik pelanggan kami dapat dirakam dan digambarkan dalam setiap foto.
Gambar Hebat ~ kami akan memastikan setiap gambar anda hebat dan berkualiti dan tidak akan terburu-buru menghasilkan sesuatu gambar dalam proses editing dalam keadaan tergesa-gesa kerana kami mahu anda dapat gambar yang hebat. Masa yang kami peruntukan bagi setiap gambar ada adalah setimpal dengan kualiti yang anda terima. Tapi jangan risau, takdelah kami edit sampai bertahun-tahun lamanya..hehehe.
Galeri Online ~ bagi pelanggan-pelanggan yang mahukan privasi, anda boleh memilih untuk menjadikan galleri anda “Password Protected”. Ini bermaksud anda boleh berikan password tersebut kepada sesiapa yang anda kehendaki untuk melihat gambar-gambar yang tersedia.
Variasi – kami akan memastikan anda mendapat variasi dalam pemilihan gambar-gambar yang telah diedit. Standard, black and white, sephia, texture, vignetting, semua itu anda boleh perolehi dari kami. Sandarkan semuanya pada kami. Beres!
Mesra ~ anda mahukan gambar yang lebih mesra? Lebih intim? Beritahu sahaja pada kami. Your wish is our command. (Oppppsss tapi pada yang dah ada lesen je lah yek…..)
Anda yang menentukan ~ anda yang menentukan segalanya! Masa? Jika ada rasa anda cantik bergambar pada pukul 12 tengahmalam pun, kami turutkan jua. Kami akan merancang jadual mengikut kesesuaian anda, ada anak kecil yang hanya aktif pada pukul 10pagi?? Jadi 10pagi lah kami datang kepada anda. No worries. Nak sessi yang bertema? Berbaju mandi? Tahun 70’an? Traditional? Mudah. Beritahu sahaja pada kami.
Tak dapat buat keputusan juga, walaupun kami dah berikan 10 sebab? Kalau macam itu, email sahaja kami untuk maklumat lanjut atau tempah sahaja kami klik sini.