MENU

Salah satu masalah yang pada aku agak berat juga ialah apabila engkau telah habis ayat untuk berkata-kata atau kau tak tahu apa idea untuk menulis dalam blog. Banyak yang aku baca semua kata mula kan je lah dengan satu perkataan lama-lama ia akan berkembang, dan tulis untuk diri kau bukan untuk orang lain. Baiklah aku cuba. Dah berkurun sebenarnya aku tak update blog. Jadi please forgive me kalau tulisan aku berkarat.

Ada benda yang aku suka pasal kamping ni, salah satunya ialah berada dekat dengan nature. Yang paling aku tak minat ialah nak berkemas masa sampai dan paling lara sekali ialah berkemas bila dah nak balik. Ya Allah, boleh migraine jadinya. Tapi nasib baik kali ini punya trip anak aku berdua, Nisa dan Shasha turut serta bersama dengan bakal menantu, Aizat. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, Gitulah tema kita yer anak-anak, Jangan serik.

Masa permulaan dua hari berkamping suasana nyaman dan tenteram tapi bile masuk hujung minggu agak padat dan mulalah terdengar suara-suara tepi khemah kau macam berbisik kat kau. Nak masak apa esok, sardin ke nasi lemak ke, pokoknya kau akan tahu apa menu jiran kamping kau esok! Tapi nak buat camne kan, dah tapak khemah dia buka kepada semua jadi last three days memang agak padat dan menyesakkan untuk aku lah. Lagi satu aku paling menyampah kalau berkamping ni nak ke tandas malam hari, aku bukan takut hutan tapi takut tandas penuh dengan katak!! Warna hijau dan kecil menyelit dekat tepi pintu masa kau nak masuk. Kemudian lagi satu pacat bila kau berhiking dia selit dalam kasut, tau-tau dah tertanggal sendiri sebab kenyang darah kau. Hahahaha apa-apapun masa dengan keluarga dapat duduk dengan keindahan alam, dapat rasa embun pagi macam Mat Kilau (cuma aku tak sempat mandi embun jer), kemudian dapat memancing untuk Khaled walaupun dia dapat ikan sebesar ibu jari tapi pada dia macam dah menang pertandingan memancing no. 1! Setiap kali berkamping, pulang dengan penat yang amat, aku ambil dekat sebulan baru nak upload dekat blog (masalah photographer sedunia!).

Comments
Add Your Comment

CLOSE