Bermula tahun 2015….40 hari lagi | Projek 365

06/10/2016

familylifestylephotographerkualalumpurmalaysiaAutobobot | 324/365

Ada lebih kurang empat puluh satu hari lagi untuk saya habiskan Projek 365 (sehari satu foto). Tau-tau sahaja sudah nak sampai ke penghujung. Bermula dari hari pertama sehingga ke hari ini, begitu banyak dugaan dan halangan yang terpaksa ditempuh diantaranya kemalasan yang melampau dicampur pula dengan ketandusan idea untuk saya laksanakan projek ini. Namun begitu, alhamdulillah, saya tak pernah mengalah tapi hanya ambil sikap cuba sedaya upaya walaupun hasilnya mungkin tidak saya suka. Yang penting saya keluarkan kamera dan belajar mengamati bentuk cahaya yang hadir di persekitaran di samping belajar melihat dari sudut yang berbeza. Cahaya tidak akan sama setiap hari tapi yang pasti setiap cahaya ada keunikannya yang tersendiri. Sepanjang projek 365 ini banyak yang telah saya pelajari, ada hari yang akan menghasilkan gambar yang unik manakala ada hari yang mungkin tidak berpihak kepada diri saya. Namun begitu, gambar itu tetap saya simpan sebagai memori abadi. Harus fahami bahawa projek 365 ini tujuan utamanya adalah untuk melatih diri sendiri melihat cahaya dalam segala bentuk cuaca.  Panas, hujan ataupun kabus bukanlah alasan untuk tidak mengeluarkan kamera dan merakam gambar. Kadang-kadang apabila kita ketandusan idea maka di saat itu juga momen-momen indah akan terjadi. Di samping itu, anggapla projek 365 ini satu bentuk terapi yang mampu memberi ketenangan yang luar biasa dan apabila selesai setahun mengambil gambar, bayangkan berapa banyak memori yang telah dirakamkan! Pada saya itulah yang paling berharga dan tidak mampu dibeli dengan wang ringgit!!

childrenlifestylephotographykualalumpurmalaysiaBelajar menanam bayam dengan Babah | 323/265

Anak kecil akan cuba untuk mengajuk segala perbuatan ibu bapanya. Begitu juga dengan Khaled, gambar ini saya rakam semasa suami sedang sibuk menanam benih bayam di halaman rumah. Dengan muka begitu tekun, Khaled cuba meniru perbuatan babahnya menanam benih. Semasa itu saya duduk di hadapan Khaled dan secara spontan mengambil gambar ini tanpa melihat kamera dan hampir kepada tanah, trust me, bila anda dah biasa dan tahu bagaimana mengagak kedudukan kamera, ia seakan menjadi kebiasaan. Itulah pentingnya latihan setiap hari.

Ambil gambar dan fahami ISO, Shutter Speed dan Aperture. Tapi paling utama, nikmati saat itu kerana ianya takan berulang kembali.

familylifestylephotographerkualalumpurmalaysiaMama dan Khaled | 313/365

Tip seterusnya adalah jangan lupa untuk merakam gambar bersama anak-anak. Sebagai seorang fotographer, saya faham kadang-kadang kita lupa dan juga disebabkan terlalu teruja untuk merakam  gambar, kita jarang berada di dalam gambar tersebut.  Confession: Beberapa tahun dahulu saya agak tidak selesa untuk berada di depan kamera, bimbang segala jerawat, jeragat dan mungkin juga garis-garis halus tampak jelas. Bentuk badan yang tidak ideal, besar sana sini namun apabila umur menginjak ke angka 40-an, semua itu tinggal di baris belakang sekali, yang paling utama sekarang walaupun tidak segebu Nealofa, saya pastikan saya ada dalam gambar walaupun cuma sekeping.

Bagi anak-anak, ini akan jadi satu memori paling berharga buat dirinya. Bila dah tua, boleh tunjukkan kepada mereka, lihat, ini mama dan kamu ambil gambar bersama, comel kan? Pasti senyum simpul dibuatnya.

kualalumpurlifestylephotographerKaki sepah | 305/365

Pada saya, rumah yang terlalu kemas dan tidak bersepah adalah tidak tulen. Tidak masuk akal. Kalau ada anak kecil pasti ada mainan yang berterabur, air tertumpah, nasi berselerekan di bawah meja makan dan macam-macam lagi. Sedangkan anak remaja pun ada yang buat sepah inikan pula anak kecil. Itulah namanya kehidupan. Mana pernah perfect.

Bagi Khaled, ini adalah tugas utamanya. Menyepahkan mainan dan memastikan ianya berserakan satu rumah. Kalau boleh, mahu sampai ke halaman. Nasib baik mama larang. Misi saya ialah cari keindahan disebalik segala sepahan. Beritahu diri sendiri “Ten years down the road, you won’t care about the mess!!”

kualalumpurmalaysialifestylephotographerMandi | 236/365

Saya hampir pasti ini gambar ini akan menjadi salah satu gambar yang paling berharga buat diri saya. Masakan tidak, masa berlalu begitu cepat. Mungkin tahun hadapan, Khaled tidak akan muat untuk mandi didalam bekas mandian bayinya lagi. Sedih.

kualalumpurlifestylephotographerGelap | 223/365

kualalumpurlifestylephotographerKudap Kudap | 209/365

kualalumpurlifestylephotographerRoadtrip to East Coast | 58/365 (Antara gambar yang banyak kali terjual di Offset)

Beberapa gambar di atas dapat dijadikan contoh bagaimana untuk merakam gambar setiap hari selama 365 hari. Ada hari kita akan berjaya, ada hari kita akan buntu, tapi itu semua bukan tanda kita gagal. Rakam dengan kamera dslr ataupun dengan kamera telefon bimbit. Mulakan. Itu yang paling penting.

Jika berminat, ikutilah projek 365 saya di flickr dan juga instagram.

comments
add your comment

CLOSE