Rasanya baru hari tu hari Isnin, bangun pagi tadi rupanya sudah Jumaat. Adoiii, cepatnya masa berlalu kan. Minggu ni cuti lama sikit sebab hari selasa ialah hari wesak. Jadi amik sekali lah untuk hari isnin cuti. Senang. Relaks. Amik Gambar. Makan. Luang masa dengan famili. Jalan-jalan. Makan angin. Hidup saya hebat!! Walaupun hidup sederhana, tapi saya amat bersyukur kerana segala-galanya cukup. Makan cukup. Kasih sayang cukup. Tidur cukup. Semuannya cukup. Alhamdulillah kerana pemberiannya. Walaupun kadang-kadang tu mengeluh, tapi saya tahu di sebalik setiap kejadian, pasti ada hikmahnya. Mula-mula rasa sakit, tapi lama-kelamaan sakit tu yang jadi ubat. Lagi satu yang saya rasa bersyukur sangat ialah kakak saya DD, akan berpindah ke Singapore tidak lama lagi. Yipppieeee!!! Makin dekat dengan Malaysia, dah dekat belasan tahun dia duduk menetap di Jerman. Susah adik-beradik jauh-jauh ni. Sekarang senang, raya nanti mesti meriah. Boleh makan rendang dengan ketupat sampai pecah perut. Kalau tidak, hari raya pertama je mesti teringat, sekarang tidak lagi.
Dan yang paling best sekali, babah sampailah hajat nak ngajar anak-anak Jerman ni mengaji….
Pening ke Noey? hehehe…….
Saya saja letak gambar yang ada logo and gambar yang takde logo. Rasanya gambar yang ada logo tu more presentable, kan?