MENU
Share this...
Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter

Setiap kali bila ada kesempatan bercuti, memang kami tidak mungkin lepaskan. Lebih-lebih lagi ianya acara tahunan wajib yang dianjurkan oleh kelab sukan tempat kami berkerja. Bermaksud, ahli hanya perlu membayar sebahagian kecil sahaja dari jumlah kos percutian tersebut. Dalam hati, rasa rugi kalau peluang itu dilepaskan begitu sahaja. Tahun ini percutian dirancang ke Pulau Sibu di Johor. Pada permulaannya kami merancang hanya mahu pergi berdua, kononnya umpama percutian bulan madu kedua tapi setelah difikirkan masak-masak, berat pula hati untuk tinggalkan Khaled, yang masih menyusu badan. Tetapi anak-anak yang lain tidak dibenarkan kerana percutian ini khas untuk pekerja sahaja tapi oleh kerana Khaled masih bayi dan tidak mendatangkan kos yang lebih, maka dia dibenarkan mengikut kami. Alhamdulillah, kalau tidak sayu hati nak memikirkan bagaimana nanti Khaled pabila tiba waktu malam. Kakak-kakaknya semua sudah besar panjang, pandai menguruskan diri sendiri, lapar masak maggi ataupun tapau di kedai makan berdekatan rumah (lagipun rumah dekat sangat dengan rumah mak, jadi semuanya dianggap beres!).

Kami bertolak selepas subuh, khamis lepas, perjalanan yang memakan masa hampir sehari kerana banyak tempat yang kami singgah dalam perjalanan. Cuaca yang sejuk dan nyaman dengan angin sekali sekala bertiup lembut sangat mengasyikkan Khaled yang leka bermain dalam seat nya. Memang sudah jadi amalan kami dari usia Khaled seminggu, setiap kali masuk sahaja kereta, terus masukkan dia, tapi harus pastikan yang perut Khaled padat dan kenyang. Kalau tidak mahu sahaja gempa bumi!

Dalam perjalanan kami singgah makan tengahari di Muar, iaitu di Masak Asam Pedas Jalan Jonid. Ikan baung, ikan pari dan ikan mayong sedia menanti di dalam periuk besar yang diletakan di atas meja berserta dengan lauk-pauk kampung yang lain. Masyallah, bau asam pedas menyapa segenap ruang hidung sesampai sahaja di hadapan gerai. Memang sangat menyelerakan! Ditambah lagi dengan sambal sotong, kerabu taugeh dan udang goreng tepung. (Maaf tak sempat ambil gambar) Setelah perut senak diisi, kami teruskan perjalanan merentas bandar Batu Pahat, kemudia ke Air Itam dan seterusnya ke Kluang dan Jemaluang lalu sampai ke destinasi tempat penginapan, Tunjuk Laut Chalet Resort di Tanjung Leman sebelum bertolak ke Pulau Sibu pada sebelah pagi esoknya.

Pada keesokan harinya sebelum bertemu dengan rakan yang lain di Jeti Tanjung Leman, kami menghabiskan masa mengabadikan kenangan kami bertiga sekitar kawasan tempat penginapan. Hati tiba-tiba rasa sayu mengingatkan anak-anak lain yang tidak dapat bersama, memang tak cukup lengkap tanpa kehadiran mereka bertiga, tapi sebelum bertolak kami sudah pun berbincang dan berjanji untuk insyallah bercuti bersama-sama ke Pulau Tioman kelak. Semua masih dalam perancangan, kalau menjadi, alhamdulillah.

Berbalik kepada cerita kami di Tunjuk Laut Chalet Resort, kami sebenarnya terkejar-kejar untuk mengabadikan kenangan semasa matahari baru hendak naik. Waktu yang dipanggil “golden hour” itu cukup indah, mampu menaikkan suasana, mencantikkan pemandangan, segala yang mati tampak hidup, memang waktu “golden hour” itu sahabat fotographer yang sangat akrab. Tapi ianya hadir hanya sebentar, terkadang tiada langsung. Kata-kata sebenarnya tidak cukup untuk mengambarkan keindahan pemandangan kawasan pantai pada pagi itu, semuanya sangat cantik, ciptaan Allah anugerah kepada manusia yang mampu menilainya. Selesai bergambar di kawasan sekitar pantai, kami terus menuju ke arah lalang-lalang liar yang terletak kurang lima minit dari tempat kami berdiri. Setelah meninjau keadaan sekeliling dan yakin tempat itu selamat dari binatang berbisa, Azlan pun mula merakamkan gambar saya dan Khaled. Sebagai seorang ibu, gambar yang Azlan rakamkan sangat menyentuh perasaan saya. Ini yang saya inginkan, kenangan dan memori ini akan sentiasa tersemat di dalam hati hingga saat saya menutup mata. Dua puluh tahun dari sekarang, ini yang akan menjadi kenangan yang berharga dan teramat bernilai bagi seorang ibu.

DSC_3575

ContactSheet-001

automate copy

DSC_3406

DSC_3445

DSC_3682b

DSC_3686b

DSC_3620-2

DSC_3712b

DSC_3651

DSC_3727

DSC_3725

Pop My Flare

DSC_3678

Comments

Kak!!! Cantiknyaaa!! Mak cantik. Anak comel. love the golden hour effect. Love the connection. Love everything!

Thank you so much Zubye!!!! Tempat tu memang sangat menarik.

Add Your Comment

CLOSE