MENU
Share this...
Share on Facebook
Facebook
804Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter

Sebelum ni dah lama tengok feed-feed Sebukang Bay di FB, Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke Sebukang Bay Resort, Pulau Aur.

Kalau ikut perancangan awal, patutnya kami bertolak dari KL ke Mersing pada awal pagi 4 Mei. Memandangkan perjalanan untuk ke Mersing mengambil masa lebih 5 jam, lebih baik kalau sekurang-kurangnya kami dah berada di separuh perjalanan pada hari itu. Jadi kami mengambil keputusan untuk bergerak sehari lebih awal dan bermalam di Kluang, Johor dan meneruskan baki perjalanan pada esoknya.

Kami tiba agak lewat di Kluang dan hanya sempat makan malam di sana sebelum masuk tidur kerana perlu bergerak lebih awal pagi keesokkannya.

Jam 6.30 pagi dari Kluang kami mengambil jalan lama untuk ke Jeti Batu, Mersing. Sempat singgah untuk sarapan nasi dagang sebaik tiba di Mersing sambil menunggu masa untuk menaiki bot. Lebih kurang 9.30 pagi kami bertolak dari Mersing. Inilah pertama kali Khaled menaiki bot. Memang excited sangat. Perjalanan ke Pulau Aur pon sangat lancar sebab keadaan laut sangat tenang. Kami sampai lebih awal di Pulau Aur. Kalau sesiapa yang biasa ke pulau, memang akan excited bila nampak air jernih kebiruan. Khaled pon seronok sangat bila nampak air laut yang jernih.

Sebukang Bay Resort pada kami lebih berkonsepkan hidup cara kampung. Banyak ceritanya di sini. Banyak yang kita patut tahu.

You have to know and understand the local’s stories so that you will appreciate what they have to offer. And when we’ve have heard most of the stories about Pulau Aur, we are more grateful. All we have to do is sit back and enjoy our time here.

Dalam tak sampai beberapa minit kami sampai, kami dah turun ke pantai. Rugi rasanya kalau dilihat saja air laut yang jernih tu. Khaled dah macam biasa, walaupon pertama kali mandi di air masin dan dah buat kawan-kawan baru di sini terutamanya Mariam.

Petang tu pula kami terus dibawa ke Pulau Dayang, untuk hiking. Memang trail yang sedia ada agak mencabar. Lebih kurang 30 minit kami sampai ke puncak Pulau Dayang. Mujur sebelum ni dah dapat training hiking sikit-sikit di Kota Damansara, jadi Khaled pon tak rasa kekok untuk redah hutan. Pulau Dayang ni pantainya sangat cantik, pasir putih halus. Kalau dalam gambar pon tak dapat nak gambarkan yang sebenarnya.

Lepas itu kami balik semula ke penginapan sambil tunggu makan malam dan BBQ. Masa ni memang tak kisah sangat nak makan nasi, sebab BBQ yang disediakan memang sedap. Lebih-lebih lagi ikan-ikan yang sangat fresh. Jadi hantu ikan sekejap.

Sebelum itu, sempat berjalan-jalan di atas di jeti Pulau Aur sambil melihat sunset. Memang satu permandangan yang sungguh menenangkan. Kalau di KL jangan harap nak dapat view macam ni. Jeti ini telah rosak akibat monsun 2 tahun lepas, tapi masih ada bahagiannya yang masih utuh dan cantik. Jadi kita masih boleh berjalan hingga ke hujungnya sambil nikmati angin laut.

Day 2

Hari kedua kami dibawa untuk snorkeling di sekitar Pulau Aur dan Pulau Dayang. Khaled memulanya takut nak masuk ke dalam air, tapi sekejap je dia lupa bila dapat tengok ikan-ikan dalam laut. Masih terdapat coral di sini, tapi apa yang kami nampak proses bleaching dah mula, dan tak lama lagi akan mati. Sedih jugak kalau dikenangkan. Coral bleaching ni memang dah jadi masalah satu dunia. Ikan-ikan akan berkurangan. Apa yang kita boleh bantu adalah dengan mengurangkan pencemaran, jangan buang plastik ke laut. Recycle. Jangan sampai satu hari nanti, kita dapat tengok plastik je dalam laut tu. Apa yang kami dapat tahu proses pemulihan coral sedang dijalankan, dan aktiviti diving telah dihentikan buat waktu ini. Harap kita akan dapat lihat hasilnya dalam masa beberapa tahun lagi. Kami tak bawak kamera semasa pergi snorkeling sebab tersangat pantang barangan eletronik ni dengan air masin. Dan adakalanya lebih baik kalau kita just enjoy the moment.

Kalau duduk pulau ni, makan apa pon sedap. Tak kisah lauk apa, masak lemak ke, masak kari ke, sayur goreng ke, semuanya sedap. Khaled jangan cerita la, sampai 2 pinggan makan keropok lekor. Lapar sangat sebab dia non-stop aktivitinya. Kalau nak minum kopi atau teh tak jadi masalah, di sini semuanya percuma dan bottomless, air dari gunung mana tak sedap.

Petang-petang rehat di depan pantai sambil makan kuaci, bila terdengar lagu techno dangdut yang dipasang oleh 1 kumpulan guest ni, makin laju pulak membaham kuaci sebab stress. Rasa macam kena brainwash pulak. Jadi sesiapa yang pergi bercuti tu, jagalah etika dan adab sebab ada orang lain yang mungkin nak berehat dan menenangkan fikiran.

Lepas snorkeling kami banyak menghabiskan masa di pantai. Kalau pergi ke pulau tak kan nak duduk dalam bilik je kan. Lagi pun berehat di luar udaranya lebih nyaman, tidur dalam hammock pon sedap. Petang yang sama juga ada hiking trip ke perkampungan sebelah. Kami tak join sebab penat hiking di Pulau Dayang masih terbayang.

Banyak masa dihabiskan di pantai. Sambil tunggu sunset, Khaled main pasir, main air. Tinggal di sini terasa macam tinggal di kampung. Bila dapat masa berborak, rasa macam dah kenal lama dengan Puan Rumiza dan keluarganya dan juga abang Sidi. Kalau sesiapa yang nak merasa hidup di kampung sinilah tempatnya. Tapi kalau nak macam 5-star hotel bukan di sini. Apa yang ada di sini lebih dari itu.

3 hari dan 2 malam memang sangat singkat. Sampai masa untuk pulang. Apa yang kami bawa sekali adalah pengalaman, kenangan dan gambar-gambar untuk mengingatinya.

Seterusnya, kami ke Johor Bahru.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
804Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Comments

Cantikkkk gambar2nya sis!!! mana gambar sis pakai tupis dan tempurung kelapa tu? teringin nak tengokkk :p

Thank you Zubye. Yang comel dan ala-ala kelapa terbabit bukan untuk tatapan umum hahahahaha

Love the photos, honestly, I didn’t read the words but the photos… the photos are always lovely and always have been inspiring me to take back my old camera and start shooting again. Glad that you kept taking lovely photos.

Thank you so much friend, if you have time, go and read it and fall in love again with all the photos.

min.

Ramzaliza mohamad

Ihave been there on27 to 29 april 2018. Looking foward to go again.

I am not surprised! Such a nice tranquil place right. But I admit the boat journey is something I don’t look forward to! Hahaha..segala asam saya telan!

Da sampi sini..best.. Cma penat dgn perjalanan jauh..hiking letak semalu mmg the best ever

Kampung halaman.Mak & ayah dilahirkan disini,di sebukang. Sekarang yg tinggal hanya tapak rumah yg lama. Rindunya nk balik sini walaupun baru tahun lepas balik sini.

Bestnye lah gambar! ???? keep it up kak min

Add Your Comment

Leave a Reply to Zach

CLOSE