MENU

lifestyle & documentary photographer

Oh Machaaaaaa!

03/09/2012

(Sila baca cerita di bawah dengan hati terbuka, cerita ini adalah sebagai panduan dan iktibar, ia mungkin juga boleh membantu anda masa-masa depan kelak, boleh dijadikan panduan, cerita ini adalah benar dan bukan berunsur perkauman, saya bukan racist, cuma sekadar memberi cerita yang benar tentang permasalahan di Malaysia yang memang dah ada sejak zaman datok nenek moyang lagi. Kalau taknak baca, sila berhenti di sini. Pada siapa yang nak membaca, sila teruskan.)

Jarang benar saya kongsikan cerita begini dalam blog, iyelah ini blog photography bukan blog tentang kehidupan saya seharian. Kalau saya cerita pasal kehidupan harian saya dalam blog ini, tentu ada pembaca yang dah muntah hijau sebab tiada apa yang menarik pun untuk dikongsikan bersama.  Tolong ketepikan sebentar mengenai ISO ataupun  f-stop, tapi baca teliti dengan apa yang saya nak sampaikan ini…

Saya dan Lan ‘disembelih’ semalam…

iyer saya ulang, saya dan Lan di ‘kencing’ semalam oleh beberapa individu yang saya rasa dah lama sangat bertapak kat Lebuhraya Plus Seremban-PD. Saya selalu dengar cerita daripada blog dan rakan-rakan tapi tak pernah pula saya terfikir saya jugak akan mengalami nasib yang sama. Negara baru sahaja meraikan kemerdekaan yang ke -55 tahun (Selamat Ulang Tahun Malaysia!) tapi sangat sedih sekali kerana sebenarnya Malaysia masih lagi tidak merdeka. Merdeka dari penjajahan samseng-samseng jalanraya yang sentiasa mencari mangsa untuk disembelih.

Patutlah orang-orang dari negara jiran melabelkan Malaysia sebagai negara yang tidak selamat, mana tidaknye, asal keluar duit dekat bank, dah kena tahan kat pintu, nak duit tak makan seminggu, kena ketuk tingkap orang mintak seringgit untuk isi minyak walaupun tak pernah kenal ataupun makan mcD sama-sama kat mana-mana pun, ikot suka sedap motor kapcai diaorang minta duit kat orang, asal nombor plate daftar kereta Singapore sahaja, walaupun yang bawanya orang Malaysia, passport Malaysia, IC Malaysia, tetap dilayan macam orang asing, malah lagi ditekan-tekan supaya hilang fokus, naik hantu ataupun naik minyak. (Dulu kalau kakak saya cakap Malaysia is not safe, saya sangat marah tapi selepas ini, saya mungkin akan mengiakan semua fakta-fakta sebab dah terkena dahi sendiri kan, OKkkkkk, Malaysia is not a safe country).

Berbalik kepada cerita asal, plot sama sahaja, cuma pelakon lain-lain. Kereta overheated semasa dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru, berhenti di tepi jalan, datang seorang Macha I mengaku pomen, periksa kereta dengan konfiden, jika anda dalam posisi lan ataupun saya masa tu, dengan panas, dengan kalut, dengan stress terus sahaja bersetuju untuk di-towkan kereta bawak ke bengkel kereta. Sampai sahaja ke bengkel, Macha II tunjuk pandai buka injin, tengok sana, tengok sini, asalnya di tempat kejadian Macha I kata hanya RM300 tapi bila sampai ke Macha II naik jadi RM600. Jam pada waktu itu pukul 7 malam. Bengkel di sekitar Labu, Seremban 2. Masuk pukul 8 malam, Macha II kata tak boleh baiki, kena letak kereta di bengkel hingga hari esok dan kos naik menjadi RM1,600. Tak taulah Lan baca ayat apa dan setelah ‘negotiate dengan Macha-macha” harga jadi RM400. Kereta tak dibaiki tapi cuma kena bayar duit tow. Ini kira macam peras ugut jugaklah cuma edisi lembut.

Nasi dah jadi basi. Nak buat macammana. Nasib baik abang saya ada untuk menolong. Dia bawa kereta tow dari Kuala Lumpur dan jumlah bayaran hanya RM300 untuk perjalanan dari Labu ke Kuala Lumpur. Setelah membuat bayaran (sebab nak terus keluar dari perkampungan macha-macha itu) kami semua terus beredar. Jam waktu itu sudah menunjukkan pukul 11 malam. Macha pun sudah ajak macha-macha rempit yang lain datang konon nak tunjuk yang Macha rules! Korang tunggu je lah labuuuuuuu…guna duit yang dapat itu untuk minum todi sampai pecah perut korang masing-masing. Saya bukan racist tapi kalau macha jenis macam ini, baik bungkus buat jadi baja. Lagi bagus…

Syukur sebab kami anak-beranak selamat sampai ke KL tanpa mengalami apa-apa gangguan. Jadi sebagai ringkasan, saya nak kongsi tip-tip supaya orang lain tak terkena macam saya.

1. Dalam keadaan panas terik, stress, kalut, cuba bertenang dan berfikiran secara rasional. Setiap keputusan yang dibuat biar lambat tapi asalkan selamat. Jangan fikir pendek.

2. Harus hubungi 1 800 88 0000 PLUSLINE untuk bantuan. Jangan percaya pihak yang lain. Orang-orang PLUSRONDA pakai pakaian uniform dan jugak menaiki kereta ronda PLUSRONDA.

3. Cuba hubungi ahli keluarga yang terdekat minta bantuan. Pastikan mereka tahu anda di mana, dengan siapa, beritahu status anda dari masa ke semasa. Malang tidak ada bau. Bila dah jadi mayat jer baru ada bau.

4. Kalau boleh rancang perjalanan waktu siang, kalau waktu malam, anda fikirkanlah sendiri….waktu siang pun masih boleh dirompak secara terang, inikan pula waktu malam….

5. Jangan kesal dengan apa yang jadi. Bukan salah sesiapa. Mungkin rezeki tiada. Namun begitu, rezeki yang hilang, Allah akan ganti balik dengan yang lagi bagus.

Saya dah cakap entri kali ini memang sedikit panjang dan macam agak selalu didengari. Tapi ingat, saya dulu pun selalu fikir begitu jadi sebelum jadi apa-apa, baiklah selalu beringat dan berwaspada sebab ulat-ulat ini masih berkeliaran dengan seronoknya di Malaysia. Kepada pihak berkuasa, silalah fikir-fikirkan cara untuk mengatasi masalah ini.

comments

Today’s update.

Kereta dah tolak masuk dalam workshop. Enjin (top) dah barai masa kat Labu lagi. So far pomen assured that every parts are still there. Jangan ada kurang sudah. Yang dia pelik macam mana hos radiator boleh tercabut. It’s quite impossible hos tu boleh tercabut dengan sendiri. Tapi during our stops along the highway, tak pernah tinggalkan kereta tu.

So tadi berborak dengan pomen ku yang bernama “Panjang”, he explained few things;
1. Hos radiator sangat susah untuk tercabut, melainkan orang yang cabut. (masih musykil macam mana boleh tercabut).
2. Bila air radiator kurang, temperature akan naik, bila terlebih panas akan terdengar bunyi-bunyi tak sedap pada enjin. But it’s still ok untuk jalan sampailah jumpa tempat untuk stop. Cuma kena monitor temperature jangan sampai overheated.
3. Kalau overheated enjin akan seize up. (jammed) Overheating akan buat piston mengembang dan akan terlekat pada blok enjin. Ini tanda-tanda air kurang/abis. Bukan sebab minyak enjin kurang.
4. Kalau minyak enjin kurang baru efek pada bearing rod dan lain-lain parts. Macha kat Labu cakap bearing rod kena ganti, piston kena turun, kena grind valve, macam-macam lagilah. Gilalah, macam tukar enjin baru. So memang kelentong.
5. Macam kes ni, patutnya tak de masalah. Caranya pasangkan semula hos radiator yang tercabut, tunggu enjin sejuk sikit dan tambah air radiator sampai penuh (provided radiator or hos tak bocor). Then good to go. Sebab enjin tak seized up. Dalam bab ni kena sabar, maklumlah keadaan masa kandas kat tepi highway mesti havoc. Kalau boleh nak cepat-cepat settlekan. So kena relax. Jangan fanik (macam pak uda cakap).
6. Kalau enjin seized up pon bole tunggu enjin sejuk betul-betul then start, boleh jalan semula temporary untuk sampai ke workshop.
7. Taktik conmen ni sebenarnya akan buat kita cepat-cepat buat decision untuk tow kereta dengan dia terus ke workshop. Dia akan cakap kos repair yang murah dan cepat sebelum tow tu, untuk pancing kita. Kat workshop dia akan cepat-cepat baraikan enjin so kita tak boleh tukar fikiran or lari ke tempat lain.
8. Bila dah bukak dia akan cakap macam-macam benda kena ganti. Walhal tak ada satu pon benda yang rosak. Dia akan qoute satu harga, biasanya RM1000 ke atas. Kalau kita setuju, kereta kena tinggal then diorang repair. Esok harinya diorang akan pasang semula parts yang dah dibukak tadi tanpa tukar apa-apa barang pon. Then bila kita datang untuk collect kereta dia akan charge kos repair yang lebih tinggi kononnya sebab kena tukar parts lain. Memang baik punye modus operandi. Untung lipat ganda.

So si panjang tadi cakap dah alang-alang bukak enjin, dia akan skim head dan tukar gasket baru, itu saja. Lain-lain dia akan tolong check. Kosnya jauh lebih rendah dari kos tipu workshop kat Labu tu.

Naza oh naza…

Till then.

Angah rasa macahaaaaaaa tu yg cabut masa dia sedang berlakon cek kete.

mungkin kete panas xder air ajer xpi macha sudah cabut itu pipe la…

Alhamdullilah kawan2 aku semua selamat.. Ini mmg pengajaran 🙁
Kawan saya pon pernah terkena kt highway dlm perjalanan pulang dri KL ke Muar. Kereta pancit dan terpaksa berenti tepi..x sampai berapa minit datang 1 keta tow (Ah long) dan 1 keta (Macha). Dalam tgh pk2, diorg sempat gak berebut nak tolong, dan macha marah2 sebab katanye tu kawasan dia..

Last2 kwan mintak Ah long je tolong bukakkan tyr keta dan tukar spare tyr dan kasila dlm RM20 kt dia. Si Macha yg panas, x nk berganjak pun. Settle keta kami semua blah xnk tggu lagi..

add your comment

CLOSE