MENU
Share this...
Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter

Dari kecil lagi aku memang tak suka durian walaupun aku dilahirkan di dalam keluarga yang boleh dikategorikan hantu durian. Dulu masa bapak aku kerja dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, memang penuh dekat dapur dengan durian bila tiba musim dia. Durian bukit, Durian hutan ntah apa durian lagi aku pun tak tau. Tapi sebijik pun aku tak pernah sentuh.

Tapi semua itu berubah sejak aku masuk umur 40-an. Itulah orang tua cakap, kalau nak benci biarlah berpada-pada, takut nanti di lain masa kita gila kat dia. Kalau suka pun kena juga berpada-pada, takut nanti kita muak pula. Jadi sekarang ini bukanlah aku cakap aku gila cuma ada hate love relationship macamtu. Ada masa aku suka, ada masa aku tak suka, ada ke yang sama cam aku?

Jadi diizinkan oleh Allah, aku melawat sambil makan durian Musing King dekat satu dusun ini yang terletak dekat Bentong. Aku suka betul bila dapat ke sana. Dan mulalah aku pasang angan nak ada kebun durian satu hari nanti.

Comments

Assalamualaikum akak, saya nak ucap terima kasih sebab bagi inspirasi untuk terjun dalam dunia Photography ni. Gambar akak saya taktau nak describe, tapi saya rasa macam gambar tu hidup. Rasa sesuatu bila tengok. If one day akak ada nak buat sharing session or masterclass ke, berapa pun saya bayar hahaha. Anyway, teruskan berkarya kak, akak memang amazing!

Hye kak, just wanna say thank you for inspiring photos. Tak tau nak describe macam mana, tapi your photos hidup! Macam bercerita. Rasa sesuatu bila tengok. Teruskan berkarya, and if ada sharing session or masterclass, do let us know! Im sure ramai yg nak join. Have a bless 2020 kak

Add Your Comment

CLOSE