Sebenarnya dah lama saya menyimpan hasrat untuk mengadakan Sesi Mentoring Bersama Min Mohd dimana kita akan bertemu dan berkenalan. Dari situ kita akan mula berbincang tentang fotografi sambil minum kopi panas. Saya akan menjawap segala soalan yang anda harus sediakan sebelum bertemu. Anda haruslah mempunyai pengetahuan asas mengendalikan kamera. Jika tidak sila beritahu saya dahulu supaya saya boleh merancang sebelum bertemu dengan anda. Ini yang dinamakan Sesi Mentoring One to One.

Soalan yang selalu saya terima melalui Facebook, Instagram dan juga Blog:

Apa KAMERA yang sesuai untuk saya jika baru ingin berjinak dalam bidang fotografi?

Bagaimana untuk memahirkan ‘Seni Melihat’ yang selalu saya tekankan di dalam blog dan juga setiap kali saya upload gambar di blog dan juga instagram.

Apa kamera dan lens yang menjadi kegemaran saya? Apa model kamera dan lense saya?

Mungkin kita boleh berbincang mengenai koleksi gambar-gambar saya, anda boleh pilih yang mana satu, saya boleh cerita dari sudut cahaya, bagaimana saya boleh menghasilkan gambar hidup walaupun cuma di rumah sahaja. Bagaimana saya mencari cahaya dan bayang? Bagaimana saya garapkan keduanya untuk menghasilkan gambar yang menarik? Yang punya penceritaan?

Bagaimana proses kerja saya? Apa tona saya pakai? Apa preset yang saya guna? Bagaimana proses kerja saya? Ini semua antara pertanyaan yang boleh anda ajukan kepada saya.

Bagaimana untuk menembusi Stock Photography dan menjual gambar di persada antarabangsa sambil menjana USD? Apa langkah-langkah BIJAK yang harus anda lakukan? Satu persatu akan saya terangkan. Bagaimana untuk bermula? Bagaimana boleh seorang suri rumah menjana USD hanya dengan mengambil gambar anaknya sambil goreng ikan di dapur?

Ataupun anda perlukan sokongan dan inginkan kritikan membina dari saya. Sila bawa hasil kerja anda dan saya akan beritahu di mana anda harus perbaiki.

Saya seorang ibu dan juga punya anak yang aktif, jadi masa sangat mencemburui saya. Setiap Sesi akan berlangsung selama satu jam di sebuah kedai kopi sedap dekat dengan rumah saya. SIAPKAN SEGALA SOALAN. BAWA KOMPUTER RIBA JIKA INGIN SAYA KRITIK GAMBAR ANDA. BAWA JUGA KAMERA JIKA ADA.

SESI MENTORING ONE TO ONE:

Satu jam Sesi MENTORING bersama Min.

E-Nota KHAS mengandungi TIPS berserta ILMU yang saya himpunkan selama saya bermula dalam bidang ini. Ianya sangat EKSKLUSIF dan hanya diberikan kepada peserta SAHAJA. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Keahlian kepada PRIVATE FACEBOOK GROUP Mentor Bersama Min untuk sokongan dan bantuan dalam perjalanan fotografi anda.

Setiap Sesi berharga RM499. 

PENTING –Kena datang tepat pada masa. Sesi akan bermula dan berakhir tepat pada waktunya. Tiada pengembalian wang jika anda tidak dapat hadir. 

Bayaran 100% untuk tempahan. Sila EMEL untuk tarikh dan maklumat tambahan. Masa Sesi Mentoring yang lebih panjang juga ada jika BERMINAT.

Dan ini antara hasil pencapaian peribadi yang saya terima sepanjang berkarya:

CONTRIBUTING ARTIST AT OFFSET IMAGES DAN CAVAN IMAGES DI NEW YORK, USA

AN ARTIST’S HEART AND WORD – AN INTERVIEW WITH KELLY SUTTON, HORSE & FEATHER PHOTOGRAPHY

FEATURED IN INTREND MALAYSIA

CHILD PHOTO COMPETITION B&W CHILD 2015 2ND HALF RESULTS | LIFESTYLE HONORABLE MENTION

FEATURED IN FOTOGRAFIKA MAGAZINE OCT/NOV 2015 ISSUE

FEATURED ARTIST ON 20 EMOTIONAL PHOTOS THAT WILL PULL AT YOU – CLICKIN MOMS

FEATURED ARTIST ON 5 INSPIRING PHOTOGRAPHERS YOU’VE NEVER HEARD OF – ANNE ALMASY

FEATURED IN NEW STRAITS TIMES, LIFE & TIMES SEGMENT, 2012

GROUP EXHIBITION IN CONJUNCTION WITH THE 5TH KUALA LUMPUR INTERNATIONAL PHOTO AWARDS 2013: INDEPENDENT + SOMEONE I KNOW, PETRONAS GALLERY KLCC