MENU
Share this...
Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter

minmohdphoto

Kadang aku sedikit risau dan segan kalau nak pakai gelaran “Pro”. Aku hanya seorang mak yang punya minat mendalam dalam mengabadikan momen paling berharga dalam kehidupan seharian. Momen anak sendiri hampir setiap hari dirakamkan dengan kamera yang memang selalu dalam keadaan siap sedia. Namun begitu, dengan gambar anak sendirilah aku meraih pelbagai pencapaian dan pengiktirafan dari pelbagai pihak dalam dan juga luar negara.

Bukan niat nak membanggakan diri tetapi tujuan utama adalah untuk memberi inspirasi kepada semua terutamanya para mak-mak yang ingin berkecimpung dalam seni fotografi. Beberapa tahun kebelakangan ini berbagai pencapaian personal yang telah aku kecapi. Dan yang paling bermakna sekali ialah bila aku ditawarkan untuk menjadi Click Pro pada tahun yang lepas. Mejadi seorang ahli Click Pro memberi pengiktirafan terhadap semua usaha keras yang aku lakukan selama ini. Satu pencapaian dan penghargaan yang sangat besar untuk diri sendiri.

minmohdphoto

minmohdphotos

Untuk pengetahuan, Click Pro adalah sebuah organisasi antarabangsa di mana ahlinya terdiri daripada ratusan fotographer wanita dari seluruh pelusuk dunia yang mempunyai satu tujuan dan suara yang sama di mana mereka semua mahu memperkasakan penglibatan wanita dalam seni fotografi di persada antarabangsa. Keahlian untuk Click Pro adalah melalui saringan dan jemputan adalah berdasarkan penilaian portfolio si pemohon.

Kenapa Click Pro?

  • Menonjolkan Profesionalisme seorang fotographer
  • Memberi keyakinan terhadap kerja/diri sendiri
  • Mencipta klien/peluang baru dan juga punca rezeki yang tidak disangka-sangka
  • Disenaraikan dalam “Photography Directory” yang boleh diakses 24 jam sehari, seluruh dunia!
  • Click Pro Daily Project – Penyertaan dalam blog fotografi sendiri di mana puluhan gambar di post setiap hari, dan para peserta digalakkan untuk berkongsi setting kamera untuk setiap imej supaya projek itu dapat menjadi sumber bukan hanya gambar inspirasi untuk penonton, tetapi juga sumber pendidikan.
  • Image by Lens – Peluang untuk berkolaborasi dengan vendor-vendor ternama dunia seperti Sigma, Sony, Fujifilm, Nikon, Canon dan sebagainya.
  • Percuma langganan Click Magazine

Bila sudah bergelar Click Pro, ia menambah kredibiliti secara tidak langusng dan mencipta lebih banyak peluang untuk berjaya di masa akan datang. Peluang hadir dalam pelbagai bentuk dan cara. Jangan takut untuk mengambil peluang bila sudah tersedia di hadapan mata. Kita harus tekun dan usaha dan selebihnya tawakal kepada Tuhan.

minmohdphoto

minmohdphoto

Banyak tidak semestinya cukup dan sedikit itu tidak semestinya tidak cukup. Apa yang aku ada setakat ini adalah sangat mencukupi dan aku berterima kasih setiap hari kepada Tuhan atas nikmat-nikmat yang telah diberikan. Bagaimana pula dengan diri kalian semua? Apa pencapaian yang paling kalian banggakan setakat ini? Kongsikan bersama di ruangan komen supaya kita semua boleh saling berinspirasi!

Share this...
Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Comments

Setiap rencana Allah dalam rezeki manusia adalah yang terbaik untuk jalan hidup manusia tersebut. Cepat atau datangnya lambat semua Allah yang tahu. Tahniah di atas segala pencapaian Kak Min hingga ke tahap ini. I may not always say it loud.. but you know.. Zubye Skitzo is always proud of you!Always believe in yourself sister.

Thank you Zubye!

Add Your Comment

CLOSE