MENU
Share this...
Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter

Lihat betul-betul. Besarkan anak mata anda. Perhatikan daun daun kering umpama bintang berkerlipan di angkasa. Perhatikan dahan-dahan kayu yang tumbuh melingkar di setiap penjuru. Perhatikan bayangan anak kecil. Ada? Perhatikan dalam-dalam. Apa yang tersurat dan tersirat? Setiap gambar yang kita hasilkan seharusnya mempunyai mesej. Mungkin mesej itu berbeza pada setiap individu. Lihat betul-betul. Seorang pelukis tersohor pernah mengatakan seseorang artis itu haruslah tidak hanya melakarkan apa yang berada di hadapannya sahaja tapi sepatutnya melakarkan jua apa yang dia lihat dalam dirinya. Dengan belajar mengenali diri sendiri, maka kita juga akan belajar mengenali kebenaran, tentang yang SATU dan bukankah itu yang sepatutnya?

Gambar di atas telah dipilih dan dipaparkan untuk Minggu 27, Projek 52 My4HensPhotography. (Facebook Page) Mungkin mereka dapat melihat apa yang dimaksudkan. Anda?

Comments
Add Your Comment

CLOSE