MENU
Share this...
Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter

Sudah hampir 4 tahun rasanya saya memakai bag kamera saya yang ada sekarang ini. Dengan harga yang saya beli, pada pendapat saya memang Owsem! ianya dapat bertahan selama 4 tahun. Walaupun sedikit lusuh namun ia masih kuat dan kukuh. Itulah kalau beli barangan yang ada jenama yang terbukti berkualiti dan tahan lasak. Namun sudah sampai masanya, bag kamera saya itu beralih kepada tuan yang baru, kalau simpan memang terperuk lah ia dalam almari berkusam. Tapi, hari ini saya bukan nak bercerita mengenai bag lama tapi ahem ahem bag kamera yang baru. Memang dah lama saya idamkan bag ini sebab kerana 1) ianya adalah handmade (buatan tangan) 2) dari jenis leather (kulit) 3) kualiti dan juga rekabentuk yang mampu membuatkan saya tidak lelap mata. Sebenarnya saya dah merisik-risik bag kamera ini dari tahun lepas, oleh kerana dah terjumpa yang berkenan sangat di hati saya terpaksa tolak shootsac, kelly moore, ONA ataupun apa-apa jenama lain. Saya dah tak toleh belakang lagi. Bila Azlan bagi ‘greenlight’ terus sahajalah jari jemari ini menekan butang “Add to cart”. Hehehe….

Kalau nak tahu siapa yang reka bag kamera kami ini sila klik sini.

Comments
Add Your Comment

CLOSE