Bagaimana untuk bermula dalam STOCK PHOTOGRAPHY II

Maaf ye kalau kalian lama menunggu. Masa tu selalu macam tak cukup. Ditambah pula dengan faktor usia yang semakin muda, kadang bila siang membuak-buak semangat nak menulis waktu malam, tapi bila dah nampak bantal, macam dipanggil-panggil. Dah tak macam masa umur 30-an dulu. Sekarang ini cepat benar rasa penat. Kepala pun tak boleh nak proses banyak benda. Nanti fening. Oklah cukup saya membebel. Sekarang ini meh kita straight to the point kata orang putih. Dalam blog yang lepas tu saya ada sentuh beberapa perkara tentang semangat dan latihan yang banyak harus dilakukan sebelum kita berani nak hantar application kepada stok company. Sebelum masuk berperang pastikan dulu kita ni dah bersedia. Kalau nak berniaga, pun sama jugak. Bila berniaga saya bukan seorang fotografer. Saya seorang bisneswoman. Kalau tak buat camtu, bercelaru jadinya. Itu sebab nanti sampai hujung tahun tutup kedai. Sebab tak tahu nak menyelengarakan bisnes (itu nanti kita sambung blog post lain).

Jadi apa yang perlu anda ada untuk jadi seorang Stock Contributor di OFFSET contohnya.

  • GAMBAR ANDA HARUS HIDUP. Bukan posing. Bukan pakai props bagai. Bukan direka-reka momennya. Macamana nak dapat yang begitu anda tanya? Rajinlah bercakap dengan subjek. Bila perhatian dia tertumpu kepada anda yang memegang kamera yang besar gedabak memang tak menjadi gambar tersebut yer. Mungkin laku di stok company lain tapi tidak di OFFSET. Gambar yang mereka pilih selalunya autentik dan berseni. Salah satu cara saya ‘break the ice’ dengan subjek adalah dengan bertanyakan soalan yang kelakar atau yang mencetus minat subjek itu. Contohnya gambar ini saya sedang bercerita kepada anak saya tentang HANTU. Buku yang saya pegang itu bertajuk “A book of Ghost”. Tapi bukannya hantu betul. Cuma permainan perasaan kita sahaja. Kadang Khaled ingat tuala yang tersidai itu menyerupai hantu yang sedang terbang, tapi bila tengok balik rupanya tuala Mama sidai pagi tadi. Itu yang buat dia tersenyum. Saya masukkan unsur kelakar dan gembira supaya dia tak jadi seorang yang penakut. Kalau untuk pasangan pula, saya selalu tanya “apa sebab anda jatuh cinta dengan suami/isteri anda?”. Soalan begitu yang selalu buat mereka tersipu-sipu malu walaupun sudah lama berumahtangga. Bila berdepan dengan subjek, cuba untuk turut serta dalam aktiviti mereka. Letak dulu kamera anda. Bila keadaan sudah suam-suam panas, maka barulah mula merakam.
  • PERHATIKAN KEDUDUKAN CAHAYA. Mulakan semua dengan cahaya. Dalam gambar stok, apa yang mereka selalu hendak ialah gambar itu terang dan tidak kabur. Cahaya memainkan peranan yang penting. Tanpa cahaya yang betul, gambar anda akan nampak flat (tiada kontrast) dan suram. Bila anda sudah biasa dengan cahaya dan mata anda pandai membaca cahaya, anda boleh merakam gambar di mana-mana jua. TRUST ME!
  • KOMPOSISI. Ambil perhatian terhadap komposisi anda dan pastikan apa anda rakam itu adalah apa yang anda mahu tonjolkan. Hidup kita ini bukan semuannya PERFECT. Belajar untuk menjadi tidak perfect. Kalau di majalah, kita sering lihat gambar yang menonjolkan kehidupan yang very super stylo, tapi berapa keratkah yang hidup seperti itu? LET’S BE REAL FOLKS. Cubalah untuk menjadi kreatif dalam komposisi anda, stok company sangat sukakan style yang sebegini.
  • GUNA SUDUT YANG KREATIF. Bila merakam gambar, cuba guna sudut yang berlainan untuk sesuatu shoot. Bermula dari awal hingga akhir, guna sudut berlainan untuk penceritaan anda. Kalau kita tengok majalah fesyen, sudut mereka sangat kreatif. Mungkin anda boleh ambil contoh dari situ.
  • MULAKAN DI RUMAH. Sebenarnya rumah anda itu banyak harta karun atau pun sudut kreatif yang belum lagi dijelajah. Mulakan dengan di rumah. Cari cahaya dan buat latihan. Bermulalah dengan keluarga anda sendiri. Paling penting Shoot for YOURSELF first, jangan pikirkan wang, buat dengan hati yang tenang dan gembira. Jangan terlalu serius!
  • MOHON NASIHAT SERTA TUNJUK AJAR DARI MEREKA YANG PUNYA PENGALAMAN.
  • Pilihlah Stok Company yang terbaik. Sekarang ini saya memang tahu ramai yang ingin buat stok fotografi untuk menjana pendapatan dalam USD. Tapi pastikan lah kerja anda itu mantap dan bayarannya bertepatan dengan karya anda. Jika satu gambar di OFFSET boleh terjual dengan USD250 dan satu lagi Stok Company menjual gambar anda dengan USD0.25, mana satu yang akan anda pilih? Tentulah yang USD250 bukan? Jadi BE SMART! WORK LESS tapi bayaran dia BERBALOI!

Kepada mereka yang memang berminat untuk mendalami cahaya, pastikan anda follow @detikmagik di INSTAGRAM. Di situ saya akan buat monthly assignment di mana anda berpeluang belajar dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan yang lain. Program MENTORING WITH MIN juga ada jika anda perlukan PERSONAL COACHING dan ingin saya jadi MENTOR untuk memberi bimbingan dan galakan untuk FOTOGRAFI anda. MENTORING WITH MIN akan disambung tahun hadapan selepas HARI RAYA PUASA dalam bulan lima atau enam. Kalau anda inginkan tempat anda, sila emel saya.

Kalau anda terlepas baca blog post tentang stock photography yang terdahulu, sila ke sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *