Bagaimana untuk bermula dalam STOCK PHOTOGRAPHY | Kuala Lumpur, Malaysia

Antara soalan yang selalu diajukan kepada saya ialah bagaimanakah caranya untuk bermula dalam Stock Photography? Dan pada blog post kali ini saya ingin nak cerita serba sedikit tentang apa yang saya tahu. Saya tidak berani nak cakap yang cara saya ini terbukti berkesan 100% tapi inilah dia cara yang saya lakukan sebelum dan juga selepas menjadi Jurufoto untuk salah satu Stock Company terbesar dunia iaitu OFFSET, salah satu syarikat foto dibawah naungan SHUTTERSTOCK. Terbaru saya juga merupakan JURUFOTO untuk CAVAN IMAGES yang juga berpangkalan di New York, USA.

Seingat saya tiga tahun dahulu, selepas sahaja saya berhenti kerja, saya sudah nekad untuk melakukan satu personal project. Personal project yang saya maksudkan itu ialah Project 365 dimana saya mengambil gambar setiap hari untuk satu tahun. Ia adalah satu project dimana saya perlu memahirkan diri membaca cahaya, bayang dan mengenali kamera saya dengan lebih dekat. Selalu saya tekankan bahawa kamera itu hanya peralatan. Yang penting ialah JURUFOTOnya. Jadi dengan mengambil gambar setiap hari, saya tahu di mana kelemahan saya. Setiap hari saya akan mengambil masa selama beberapa jam untuk duduk dan merenung gambar yang diambil dan cuba memperbaiki ia pada keesokan harinya dengan mengambil gambar yang baru. Walaupun kadang ada masa kemalasan melanda, tapi saya tetap ambil.

PERLU SAYA TEKANKAN DISINI bahawa MINAT disertai dengan SEMANGAT yang membara harus ada dalam diri anda sebelum bermula dalam bidang fotografi khususnya. SEPERTI BIASA bukan WANG RINGGIT yang jadi KEUTAMAANNYA. IA soal KEDUA. PERTAMA ianya adalah UNTUK DIRI ANDA dahulu dan WANG RINGGIT akan datang kemudian.

Berbalik kepada perbincangan kita tadi, gambar yang saya ambil itu akan saya uploadkan kepada Sosial Media. Selalu yang saya gunakan ialah FLICKR dan juga INSTAGRAM. Dan disinilah magiknya bermula. Kita perlu tahu bahawa DUNIA ini sekarang tiada penghujungnya. Mungkin di sini malam tapi di sebelah sana terang. INTERNET TIDAK PERNAH TIDUR. Mungkin antara yang melihat gambar anda adalah seseorang daripada STOCK COMPANY itu sendiri. Kita tidak pernah akan tahu. PELUANG ALLAH NAK BERI datang dalam berbagai-bagai cara. TERUSKAN sahaja usaha dan jangan pernah berputus asa.

JADI RUMUSAN UNTUK POST KALI INI IALAH:

– Mula dengan PERSONAL PROJECT untuk memahirkan diri menggunakan kamera.
– Konsistensi amat penting dalam menjayakan sesuatu PROJECT FOTOGRAFI.
– UPLOADKAN gambar anda di Sosial Media seperti FLICKR, INSTAGRAM ataupun FACEBOOK.
– Jangan memperlekehkan kepentingan HASHTAG bila menggunakan INSTAGRAM.
– SEMANGAT yang jitu dan MINAT mendalam terhadap FOTOGRAFI harus ada. BUAT bukan kerana DUIT.

Nantikan post selanjutnya dimana saya akan sentuh serba sedikit mengenai komposisi dan style photography yang perlu ada untuk maju dalam bidang STOCK PHOTOGRAPHY ini.

21 comments

  1. Nadiya says:

    Fotografi adalah antara bidang yang dikatakan sesuai untuk saya dalam satu ujian personaliti berbayar. Saya kurang berjinak dalam bidang ini apatah lagi sejak kamera (biasa) pertama saya hilang dicuri pada tahun 2004. Mungkin sudah tiba masanya saya buat pelaburan dengan membeli kamera baru. Puan boleh cadangkan kamera jenis apa yang sesuai untuk saya bermula?

  2. Siti911 says:

    Nak baca lebih lg.. Next entry plz.. Sgt berminat.. Sbb sy selalu ditugaskan sbg photographer sekolah utk setiap event sekolah sy..

  3. Nazia Suhaimi says:

    Sangat memberi semangat terutama buat kami para suri rumah yang baru mahu bermula! Saya follow entri akan datang!

  4. Racun rumput says:

    Assalamualaikum..trma kasih sis sebab share story..xsbar nak tggu the next story..

    From racun rumput?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *