Warkah untuk Along (Part 1)

DSC_6291resize2

Anak mama yan sulung ini sudah meningkat dewasa. Baru dua tahun lepas mama ingat kita baru saja meraikan harijadi awak yang ke-18, sedar tak sedar sekarang ini umurnya sudah naik 2 anak tangga. Iyer, sekarang awak sudah berumur 20 tahun. Biar mama ulang, 20 tahun!!! Mama tahu bukan senang nak melangkah kaki masuk ke alam 20-an, apatah lagi awak punya adik-adik yang memang memandang setiap perlakuan dan gerak-geri kakak sulung mereka. Apa yang awak suka, mereka pun pasti lambat laun akan suka juga. Kalau setiap hujung minggu, yang menanti kepulangan awak dari universiti bukan sahaja adik-adik tapi nenek juga. Nah, cucu yang sedia berkhidmat untuk nenek, bawa nenek pergi ke pasar, pergi ke Tesco atau pergi makan kedai mamak hameed. Mama pasti nenek selalu mendoakan awak sayang. 

Hari itu awak ‘down’, feeling-feeling tak gembira, sebab? Kerana tak sampai berapa mata lagi untuk dapat masuk ‘dean list”. Tak mengapa along, gred tu bukan penentu segala-galanya.

Harta, wang, pangkat bukan penentu segala-galanya.

Kerusi empuk di pejabat dengan bilik sendiri mengadap KLCC pun bukan penentu segala-galanya.

Coach, chanel, prada, gucci, marc jacob bukan penentu segala-galanya.

Selfie setiap masa di instagram (with new designer clothes, designer shoes) dengan pengikut yang beribu-ribu ‘like’, bukan penentu segala-galanya.

Mungkin boleh beli kebahagian dalam masa yang singkat tapi in the long run, nothing.

Semuannya pinjaman semata-mata. Hari ini ada, esok mungkin tidak ada. Hilang. Tiada upaya kita nak menghalang apa yang terjadi. Yang penting sentiasa ingat Allah, syukur, rasa rendah diri dan selalu memanjatkan doa kepadanya agar kebahagiaan kita diberkati, syukur, muhasabah diri.  Mesti awak ‘blur’ kan. “Alaaaaaa…tapi mama, mama tak paham, mama pun pernah lalui semua ini kan?!” bantah awak.

Iyer along, Mama mengandungkan awak sewaktu usia mama 19 tahun. Semua mama tahu. Semua mama dah lalui. Percaya cakap mama.