Warkah untuk Along (Part 1)

by MinMohd

DSC_6291resize2

Anak mama yan sulung ini sudah meningkat dewasa. Baru dua tahun lepas mama ingat kita baru saja meraikan harijadi awak yang ke-18, sedar tak sedar sekarang ini umurnya sudah naik 2 anak tangga. Iyer, sekarang awak sudah berumur 20 tahun. Biar mama ulang, 20 tahun!!! Mama tahu bukan senang nak melangkah kaki masuk ke alam 20-an, apatah lagi awak punya adik-adik yang memang memandang setiap perlakuan dan gerak-geri kakak sulung mereka. Apa yang awak suka, mereka pun pasti lambat laun akan suka juga. Kalau setiap hujung minggu, yang menanti kepulangan awak dari universiti bukan sahaja adik-adik tapi nenek juga. Nah, cucu yang sedia berkhidmat untuk nenek, bawa nenek pergi ke pasar, pergi ke Tesco atau pergi makan kedai mamak hameed. Mama pasti nenek selalu mendoakan awak sayang. 

Hari itu awak ‘down’, feeling-feeling tak gembira, sebab? Kerana tak sampai berapa mata lagi untuk dapat masuk ‘dean list”. Tak mengapa along, gred tu bukan penentu segala-galanya.

Harta, wang, pangkat bukan penentu segala-galanya.

Kerusi empuk di pejabat dengan bilik sendiri mengadap KLCC pun bukan penentu segala-galanya.

Coach, chanel, prada, gucci, marc jacob bukan penentu segala-galanya.

Selfie setiap masa di instagram (with new designer clothes, designer shoes) dengan pengikut yang beribu-ribu ‘like’, bukan penentu segala-galanya.

Mungkin boleh beli kebahagian dalam masa yang singkat tapi in the long run, nothing.

Semuannya pinjaman semata-mata. Hari ini ada, esok mungkin tidak ada. Hilang. Tiada upaya kita nak menghalang apa yang terjadi. Yang penting sentiasa ingat Allah, syukur, rasa rendah diri dan selalu memanjatkan doa kepadanya agar kebahagiaan kita diberkati, syukur, muhasabah diri. ¬†Mesti awak ‘blur’ kan. “Alaaaaaa…tapi mama, mama tak paham, mama pun pernah lalui semua ini kan?!” bantah awak.

Iyer along, Mama mengandungkan awak sewaktu usia mama 19 tahun. Semua mama tahu. Semua mama dah lalui. Percaya cakap mama.

6 Responses to “Warkah untuk Along (Part 1)”

  1. sueray says:

    Wahh… dah 20 tahun Yaya sekarang yer.. hmm… memang banyak dugaan starting umur ni… Really really love her smile.. cantik anak dars mu, Minah. apa2 hal pun, please stay grounded and sentiasa bersederhana… Mudah2an Minah sekeluarga sentiasa dalam keberkatan Allah… stay cool darling.

  2. MinMohd says:

    Sayla, terima kasih sudi jengok blog akak. (; Haloh-haloh, jangan sedih-sedih.

  3. SAYLA says:

    LEPAS BACA RINDU PULAK KT MAK ='(

  4. MinMohd says:

    Thank you Zubye! Memang kalau tiba part anak, semua jadi emotional kan, ini ada lagi 2 anak nak kena buat letter, kalau tak ada yang merajuk (: Tapi Along is my pillar, she’s very lovable and have a very beautiful heart.

  5. Zubye says:

    Everything is beautiful! The photo and the letter to her is beautifully emotionally beautiful. Kirim salam saya pada anak akak.

Leave a Comment