MENU
Share this...
Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter

DSC_6267blog

Muhammad Khaled Low, berat dah hampir 9 kilo, alhamdulillah, kali terakhir mama bawa khaled ke klinik untuk ‘injection”, Khaled langsung tak menangis, anak mama dah besar, sudah boleh tahan sakit agaknya. Khaled sudah punya ‘temper’ nenek bilang mama, kalau lambat susu, khaled bising, khaled menangis, kemudian nenek kena pujuk, baru khaled senyum. Susu Mama khaled tak pernah buang, selalu minum sampai habis licin. Kadang-kadang setiap jam khaled hendak susu. Alhamdulillah rezeki khaled dapat minum susu mama dah masuk lima bulan. Mama harap dapat susukan khaled sampai khaled umur dua tahun lebih.

Waktu pagi, rancangan kegemaran khaled ialah Tanyala Ustaz, kadang khaled sampai ketawa berdekah-dekah sambil pandang kaca tv, mungkin khaled ingat itu Datuk, dengan janggut putih, dengan serban putih sedang mengagah-agah khaled. Dulu khaled selalu juga temankan nenek tengok cerita Mexico, tapi sekarang nenek kata tidak boleh lagi, nanti nenek cakap melayu tapi khaled cakap mexico, pitam nenek!

 

Comments
Add Your Comment

CLOSE