MENU
Share this...
Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter

DSC_6076

12/52

Sepatutnya minggu lepas, gambar untuk minggu ke-12 ini saya kongsikan bersama di blog tapi tak tahu kenapa, hati saya terasa sangat berat. Sangat sayu, bingung, sedih semuannya bercampur aduk. Dari cerita misteri kehilangan MH370 sampailah kepada apa yang terjadi di luar Malaysia seperti ratusan saudara kita yang dihukum mati oleh kerajaan Mesir baru-baru ini. Apa yang berlaku semuannya sangat meruntun jiwa.

Sepanjang hidup saya, pernah sekali saya merasa bagaimana peritnya rasa kehilangan. Rasa itu terlalu sukar untuk digambarkan melalui kata-kata. Ahli keluarga dan kawan-kawan akan memujuk tapi semuanya umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tepu. Hati macam sudah mati. Tapi mana nak sama semua rasa? Yang tahu empunya badan sahaja.

Saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT kuatkan semangat dan tabahkan hati semua mereka yang kehilangan ahli keluarga dan rakan-rakan. Allah SWT lagi sayangkan mereka. Insyallah, satu hari kelak kita akan bertemu kembali. Al-fatihah.

Comments
Add Your Comment

CLOSE